Membawang Hari Ini

Seri Akur Tersingkir Dari ‘Kilauan Emas 3’

Peserta daripada Negeri Sembilan iaitu Seri menjadi peserta pertama tersingkir daripada program Kilauan Emas Musim Ketiga yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini malam Rabu.

Pemilik nama penuh Sarimah Sulaiman, 41, yang menyampaikan lagu Laksamana Raja Dilaut nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau terpaksa akur apabila hanya mendapat 41 markah daripada juri profesional dan undian secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Persembahan yang mengangkat tema irama Malaysia dan pop yeh yeh itu memperlihatkan peserta daripada Selangor, Mior Yazid Ahmad atau Meor mengungguli pertandingan dengan 74 markah menerusi persembahan mantapnya membawakan lagu Seruling Anak Gembala.

Manakala kedudukan tempat kedua dan ketiga dimiliki oleh Silahudin Ali (Silah) dan Idris Mohd Shabidin (Idris) yang mendapat 70 markah.

Dua juri profesional yang mengadili 10 peserta pada malam itu adalah Datuk Ramli MS dan Ziana Zain. Manakala penyanyi Datuk Sharifah Aini dijemput sebagai juri jemputan.

Juri akan mengadili para peserta serta mewakili 70 peratus markah keseluruhan manakala 30 peratus daripada undian penonton.

Seri ketika ditemui berkata, walaupun sedih terpaksa menjadi peserta pertama meninggalkan program berkenaan namun dia bersyukur sepanjang terlibat dalam Kilauan Emas dia mendapat pelbagai ilmu daripada guru vokal iaitu Siti Hajar dan Adnan Abu Hassan.

“Dalam masa singkat banyak ilmu yang diperoleh daripada mereka dan sudah tentu saya tidak akan berhenti menyanyi hanya kerana tewa di gelanggang Kilauan Emas,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ramli ketika mengulas mengenai persembahan peserta berkata, secara keseluruhannya pemilihan lagu yang dibuat terutamanya bagi kategori irama Malaysia memperlihatkan kelemahan peserta dalam menyampaikan lagu dari genre berkenaan dengan baik.

“Lenggok lagu Melayu itu bukan mudah dan kebanyakan mereka jelas masih lemah dalam perkara itu. Namun percubaan yang dilakukan harus dipuji,” katanya.

Pertandingan pada malam itu turut diserikan dengan persembahan pembukaan daripada Bob (AF) dan Syura menerusi lagu Penawar Rindu dan Seri Dewi Malam.

Kilauan Emas adalah sebuah pertandingan nyanyian yang terbuka hanya kepada peserta berumur 40 tahun ke atas dengan mengangkat tema Otai Masih Berbisa.

Ia dihoskan oleh Raja Azura dan bersiaran secara langsung setiap hari Rabu pada pukul 9.30 malam di Astro Prima (105).

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");