Published On: Tue, May 14th, 2013

Tiga Sebab Sultan Selangor Perkenan Abdul Khalid Jadi MB

Share This
Tags

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa memberikan tiga sebab baginda memperkenankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua.

Pernyataan itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Mohamad Munir Bani selepas Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di hadapan Baginda di Istana Alam Shah di sini, Selasa.

“Sultan Selangor berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar atas alasan-alasan berikut iaitu ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon Menteri Besar yang baru.

“Abdul Khalid telah memenuhi semua syarat yang diperlukann bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

“Abdul Khalid pernah menjadi Menteri Besar Selangor sebelum ini dan pengalamannya itu boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” kata Mohd Munir.

Dalam pada itu, Mohamad Munir berkata, kelewatan pelantikan Menteri Besar kerana Sultan Selangor menunggu senarai calon untuk dikemukakan oleh ketiga-ketiga parti komponen Pakatan Rakyat.

“Di samping itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pernah menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon Menteri Besar tidak semestinya Abdul Khalid apabila Pakatan Rakyat memenangi PRU-13.

“Justeru itu, Sultan Selangor telah menunggu parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengemukakan calon Menteri Besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya seorang calon sahaja yang dikemukakan,” kata Mohamad Munir.

Penjelasan Sultan Selangor itu sekali gus menamatkan persoalan mengenai pelantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua.

Abdul Khalid, 67, mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008 dan merupakan wakil pembangkang yang pertama memegang jawatan itu di Selangor.

Beliau dilantik semula memegang jawatan berkenaan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan penguasaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13.

Abdul Khalid yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU-13 dan berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Nasaruddin M Zin dengan majoriti 2,994 undi.

-mStar

About the Author

-

Comments

comments

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>