Kolumnis

Industri Muzik Negara Kita Perlu Lebih Peka Kehendak Peminat

PENULIS agak tergamam dan kagum melihat keupayaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari Indonesia bernama Tegar ini, menghasilkan lagu yang akhirnya berjaya menarik 5 juta hits di Youtube.

Lagu bertajuk “Aku Yang Dulu” itu diadaptasi dari kisah hidupnya sebagai kanak-kanak miskin yang mencari makan dengan bermain muzik di jalanan. Walaupun lirik lagu itu telah diubah suai dari lirik asal, tapi kisah disebalik penciptaan lagu itu, malah penciptaan di sebalik lagu itu sendiri pun menarik minat penulis.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=Q4Y7NKLRdg0]

Ramai tidak tahu bahawa lagu ini, dan lagu-lagu popular Indonesia yang lain seperti Kehilangan (Firman), Putih-Putih Melati (ST12) dan beberapa lagu yang lain adalah diasaskan dari variasi 5 chord muzik sahaja iaitu F#, Bm, D, A dan C#m. Pusing-pusing 5 chord itu jugalah, atau tambah satu atau dua chord lagi untuk lebih sedap.

Siapa yang faham dengan chord muzik, tentu tahu dengan apa yang penulis maksudkan.

Persoalannya disitu ialah, sudah jelas variasi lagu dari 5 chord tersebut menjadi kegilaan di kalangan peminat muzik hari ini tapi kenapa peluang tersebut tidak diambil oleh pencipta-pencipta lagu di Malaysia untuk menghasilkan lagu dari variasi chord yang sama? Kenapa masih terikat dengan genre muzik tertentu sahaja, kenapa tidak lebih kreatif lagi?

Bukan nak memuji melangit lagu asing, tapi kalau karyawan-karyawan muzik di Malaysia melihat kehendak peminat hari ini dengan lebih mendalam, sudah tentu industri muzik kita tidaklah sesuram seperti hari ini. Dalam era dunia tanpa sempadan, muat turun melebihi penjualan album seperti hari ini, kreativiti memainkan peranan penting.

Pencipta lagu Malique dari kumpulan Too Phat umpamanya, berjaya menghasilkan lagu Teman Pengganti yang dinyanyikan bersama penyanyi Black dengan menggunakan variasi chord yang penulis sebutkan di atas, dan ternyata lagu itu menjadi popular dan hit di kalangan semua generasi di negara ini, walaupun dengan menggunakan genre hip-hop yang biasanya hanya menjadi minat anak muda.

Kenapa kejayaan ini tidak diikuti oleh pencipta muzik yang lain di negara kita, itu yang menjadi kehairanan kepada penulis.

Diakhirnya, budak jalanan berusia 11 tahun dari Indonesia juga yang mengatasi pencipta lagu negara kita yang jauh lebih senior. Ini kenyataan yang harus diambil sebagai cabaran, bukan hinaan ya.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");