Membawang Hari Ini

Gandingan Dr Azizan Osman, Afdlin Shauki luar biasa

Kejayaan melahirkan ramai jutawan baru menerusi anjakan minda, mempertemukan kembali Jurulatih Kejayaan No.1 Asia, Dr Azizan Osman dan sutradara serta pelakon terkenal, Afdlin Shauki menerusi Seminar “Hidup Luar Biasa 2013”.

Gandingan itu juga merupakan yang kedua selepas kejayaan penganjuran sulungnya, dua tahun lalu.

Dianjurkan percuma oleh Richworks International, seminar yang dijadual bermula pada 1 Jun ini akan merangkumi tujuh lokasi, termasuk di Kelantan dan Johor.

Dr Azizan, berkata Seminar “Hidup Luar Biasa 2013” disasarkan pada golongan ‘orang biasa-biasa’ menerusi program yang bertujuan mencetuskan perubahan minda, bermula dengan keinginan untuk belajar bagaimana untuk hidup secara luar biasa.

Seminar edisi 2013 itu juga, menurut mentor kekayaan dan kejayaan ini, adalah bersempena ulang tahun ke-5 Richworks Group of Companies, di mana beliau adalah pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya. Richworks yang kini menaungi 16 syarikat adalah peneraju kepada program berasaskan motivasi.

Ia dilancarkan serentak dengan penganjuran “Konsert Mega Mawlid 2013 – Malam Dambaan Cinta Rasul”, iaitu sebuah majlis selawat, antaranya sebagai menterjemah rasa syukur di atas pencapaian Richworks hari ini. Sebuah projek komuniti Kelab Kebajikan Richwell, majlis yang turut menampilkan Habib Syech Abdul Qadir Assegaf yang dikenali dengan qasidah “Ya Hanana” itu, dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam, di sini, bermula jam 8 malam.

“Seminar ini adalah gandingan kedua saya dan Afdlin selepas kali pertama menganjurkan program sama pada 2011,” katanya.

“Ia bertujuan mencetuskan perubahan minda, bermula dengan impian. Ini kerana, orang yang mahu mencapai kehidupan lebih baik harus mempunyai matlamat dalam hidup. Matlamat itulah impian, namun bagaimana mencorakkan impian yang tepat?

“Harus ada anjakan minda. Seminar ini, antara lain menanamkan keinginan pada ‘orang biasa-biasa’ untuk hidup secara luar biasa. Pelaksanaan modul, selain melalui bimbingan hasil pengalaman saya sendiri, kami berupaya mencetuskan perubahan minda kepada ramai orang, malah berjaya melahirkan ramai jutawan baru.

“Iaitu, bermula dengan impian dan keinginan untuk hidup luar biasa melalui ilmu, mentor dan sistem yang telah terbukti berjaya.”

Imej kepahlawanan Jepun yang ditonjolkan Dr Azizan dan Afdlin, lengkap dengan pedang samurai mereka, memulai kempen seminar edisi 2013 ini yang menekankan pada frasa “Integriti, Hormat, Berani, Maruah, Belas ihsan, Jujur dan Kesetiaan.”

Ia juga menganjurkan konsep “Hidup Luar Biasa Bahagia, Luar Biasa Sihat, Luar Biasa Kaya, Luar Biasa Berjaya dan Luar Biasa Berkat.”

Ditubuhkan pada 2008, Richworks menyediakan secara khusus, program-program berbentuk pendidikan dalam bidang pembangunan kemuncak prestasi diri serta pembangunan diri. Program yang dianjurkan, termasuk Seminar “Berani 2013”, “Advance Marketing Power”, “Transformasi Hidup Luar Biasa – Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan” dan “Klinik Usahawan Warga Industri 1 Malaysia Bersama Dr Azizan Osman”, iaitu satu inisiatif yang diilhami Perdana Menteri.

Bergelar jutawan pada usia seawal 30an, Dr Azizan sendiri adalah seorang usahawan berjaya. Malah pakar pemasaran ini juga diiktiraf sebagai penceramah bertaraf dunia dengan pengalaman beraksi di pentas antarabangsa, termasuk di Los Angeles, Amerika Syarikat dan London, United Kingdom selain Singapura.

Dr Azizan, berkata menerusi seminar edisi 2013 nanti, ada enam perkara yang akan dibentangkan kepada peserta.

“Kenapa orang gagal serta sentiasa ‘melanggar dinding’ kehidupan, kerjaya atau perniagaan,” katanya. “Maksudnya, ramai orang di luar sana selalu melalui situasi tekanan, bertahun-tahun gagal. Mereka tersangkut di dalam kesusahan, tidak tahu bagaimana mahu keluar daripada situasi itu. Redha sajalah, tapi jiwa tidak rasa gembira.

“Cuba meneruskan hidup dengan bertahan, tapi mungkin sampai satu tahap anda tidak boleh tahan lagi. Macam mana?”

Oleh itu, beliau menggesa orang ramai untuk menyertai seminar sedemikian yang antara lain, akan turut membincangkan punca kritikal mengapa ramai orang terhalang untuk mencapai kekayaan dan kejayaan, selain membicarakan strategi bagaimana untuk keluar daripada masalah bebanan hutang buat selama-lamanya.

“Peserta juga akan diajar bagaimana untuk memaksimakan bakat serta potensi diri supaya dapat hidup bahagia, sihat, kaya dan berjaya.

“Di seminar ini kelak, mereka akan didedahkan cara mengaktifkan getaran tarikan wang teknik ‘Money-Magnet’ – Dr Azizan Osman’ selain bagaimana untuk membina kehidupan daripada biasa-biasa kepada luar biasa serta mencapai impian dan keinginan dalam masa yang paling singkat,” katanya lagi.

Mengenai penampilan Afdlin, buat kali kedua, Dr Azizan menegaskan pemilihannya itu bukan semata-mata kerana status selebritinya.

“Pembabitan Afdlin sebenarnya didorong perjalanan beliau sendiri yang pernah melalui hari-hari kelamnya dan bagaimana dia berjaya bangkit, keluar daripada kepompong dan mencapai kedudukannya sebagaimana hari ini, iaitu seorang sutradara yang menghasilkan karya dengan kutipan jutaan ringgit di box-office, pelakon pemenang anugerah dan usahawan berjaya.

“Afdlin sendiri adalah cerita kejayaan yang wajar menjadi contoh kepada mereka yang punya impian untuk hidup luar biasa. Dalam mendaki tangga kejayaan, dengarlah nasihat mereka yang sudah tinggi tangga dipanjatnya dan abaikan mereka di bawah yang cuba menarik kita jatuh,” katanya.

Sudah membimbing lebih 330,000 peserta melalui pelbagai programnya, Dr Azizan, berkata bersama impian ada cabaran yang harus dihadapi.

“Cabaran pertama adalah diri sendiri. Setiap kali kita hendak melakukan sesuatu akan ada suara kecil yang mempersoalkan, boleh atau tidak aku melakukannya.Cabaran berdepan dengan diri sendiri itulah yang paling besar dan harus ditempuhi dulu,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau menambah, keinginan yang tidak disertai komitmen atau ilmu akan berakhir sebagai cuma sebuah angan-angan Mat Jenin.

“Ilmu, sebagaimana menurut Rasulullah S.A.W, adalah cahaya,” katanya. “Pada 2011, seminar ini melahirkan ramai orang berjaya, malah antaranya jutawan baru.

Oleh itu, kita anjurkan sekali lagi dengan modul dan pendekatan agak berbeda, antaranya membimbing peserta untuk melihat matlamat mereka dengan lebih jelas.

“Saya mahu peserta edisi 2013 ini boleh melihat lima, 10 tahun ke depan iaitu mengenai rancangan, arah yang hendak dituju dan bagaimana memperbaiki hidup atau naik ke tahap lebih baik. Semua ilmu ini kita berikan percuma. Jadi, mulakan langkah awal untuk mencapai impian anda dengan mendaftar ke Seminar ‘Hidup Luar Biasa 2013.’

“Atau, anda boleh memilih untuk menjadi penunggu dan melihat saja orang lain menikmati hidup luar biasa. Anda yang menentukan sama ada untuk menjadi hero atau pak pacak dalam kehidupan anda.”

Selepas Kuala Lumpur, siri jelajah Seminar “Hidup Luar Biasa 2013” akan diteruskan ke Kota Baharu di Kelantan Trade Centre pada 7 Jun, diikuti Bukit Gambang Resort City, Kuantan (8 Jun); Shah Alam Convention Centre, Shah Alam (9 Jun), Sunway Carnival Convention Centre, Butterworth (28 Jun); Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka (29 Jun) dan berakhir di Zon JB Expo & Exhibition Centre, Johor Bahru (30 Jun).

Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian dengan melayari www.HLB2013.com, atau dengan menghubungi hotline di talian 019-2442244, 013-2442244 atau 019-2442400.

Dr Azizan juga mengingatkan keinginan untuk hidup luar biasa bermula daripada niat.

“Niat paling baik ialah untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain dengan kepakaran atau kebolehan yang dianugerahi Tuhan atau menambah nilai kepada ramai orang lain. Dan, lebih baik apabila ia dilakukan untuk mendapatkan kasih sayangNya,” katanya.

Sambil mengutarakan konsep D.U.I.T, iaitu doa, usaha, ilmu dan tawakal, beliau menekankan bahawa seseorang itu yang mencipta bentuk hidup dan kejayaan yang diingini.

“Ramai di kalangan mereka yang menjalani hidup luar biasa hari ini bermula dengan kehidupan biasa-biasa, tetapi mereka mempunyai impian luar biasa dan berusaha mencapainya. Orang yang terus berjaya adalah orang yang terus ingat atau mengingatkan diri tentang perkara asas dari mana dia bermula serta sentiasa belajar walau betapa tinggi pun dia naik,” tambahnya.

PROFIL RINGKAS DR AZIZAN OSMAN, PENGASAS dan PENGERUSI RICHWORKS GROUP OF COMPANIES dan AZIZAN OSMAN INTERNATIONAL (S) Ptd Ltd·

· Jurulatih Kejayaan No.1 Asia
· Seorang jutawan yang mempunyai 16 syarikat di dalam beberapa industri di Malaysia dan Singapura
· Seorang Master Trainer bagi Guerilla Marketing International di Asia yang diasaskan oleh Jay Conrad Levinson
· Seorang pakar dalam Strategi Pemasaran dan Pengiklanan – mempunyai agensi yang bertauliah di dalam Pengiklanan dan Pemasaran bagi TV, radio, akhbar dan majalah
· Sering kali ditemuramah di TV, radio, majalah dan akhbar bagi perkongsian tips motivasi
· Sering dijemput untuk memberi ceramah di sektor korporat dan program universiti
· Sejark 2008, lebih daripada 330,000 peserta telah lulus dalam seminar-seminarnya yang mana merangkumi golongan profesional, eksekutif, ahli perniagaan, suri rumah dan pelajar
· Terlibat secara aktif di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan sejak 2001. Dilatih dan pernah bekerja di dalam sebuah organisasi antarabangsa yang beribu pejabat di United Kingdom serta berpengalaman menguruskan kempen dan program pemasaran untuk TM, Digi, Celcom, Standard Charted, HSBC, WWF dan Makna.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");