Membawang Hari Ini

Menyerlah Bersama Manifesto, Tomok Tidak Tinggalkan New Boyz

Vokalis kumpulan Manifesto iaitu Tomok tidak akan meninggalkan kumpulan New Boyz walaupun merancang untuk menerbitkan album bersama band terbaharunya itu.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 29, berkata, perjuangan bersama New Boyz akan diteruskan dan sedang mencari masa sesuai untuk kembali melakukan ‘comeback’ bersama ahli-ahlinya.

“Saya masih bersama New Boyz dan tidak pernah bercadang untuk meninggalkan kumpulan itu malah sedang mencari masa sesuai untuk muncul dengan karya terbaharu bersama mereka,” ujarnya kepada mStar Online.

Tomok bersama Manifesto muncul juara program Versus musim kedua yang diadakan di Space U8, Shah Alam pada malam Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Tomok berkata, dia yakin dapat membahagikan masa di antara kerjaya solo dan bersama dua kumpulan berbeza dan menganggap ia bukan satu masalah besar kepadanya.

Manifesto muncul sebagai juara pada program Versus musim kedua yang diadakan di Space U8 Shah Alam pada malam Sabtu lalu.

Jelas Tomok, ketiga-tiga komitmen itu boleh dilakukan serentak namun akan memberi tumpuan kepada Manifesto terlebih dahulu buat masa ini.

“Menerusi Manifesto ia adalah satu sisi lain diri saya sebagai penyanyi dan kemenangan pada Versus adalah bukti kami diterima oleh peminat.

“Malah kami merancang untuk menghasilkan sebuah album selepas ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Tomok menolak dakwaan kononnya kemenangan Manifesto hanya berdasarkan kepada popularitinya sebagai artis solo dan bukannya kehebatan kumpulan itu.

Kata Tomok, kemenangan itu adalah kerana usaha keras Manifesto dan berdasarkan kredibiliti mereka.

“Tidak benar sama sekali kerana pertandingan ini juga turut diadili juri profesional dan ia adalah usaha kami sebagai sebuah kumpulan,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");