Membawang Hari Ini

Pelakon Baru Buat Laporan Difitnah Raja Azmi

Pelakon baru, Adam Davin, 25, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini pada Selasa, mendakwa difitnah oleh produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman.

Menurut laporan Harian Metro, Adam mendakwa produser tersebut telah menggunakan media sosial untuk memburukkan namanya dengan memfitnah dirinya menipu duit pelakon lain, suka mencuri dan tidak memulangkan baju tajaan.

Menurut Adam, perkara itu terjadi selepas dia menarik diri daripada menaja pembikinan sebuah filem milik Raja Azmi bernilai RM1.4 juta.

“Saya tidak pernah berurusan dengannya sebelum ini, namun selepas bertemu beberapa kali, saya bersetuju menaja filem itu bersama seorang rakan lain dan Raja Azmi turut menawarkan watak hero dalam filem yang dijadualkan menjalani penggambaran awal bulan ini.

“Bagaimanapun selepas saya sedar dan mendapati produser itu seorang yang bermasalah termasuk turut memburukkan nama saya di laman sosial, saya menarik diri sebelum sempat menyerahkan wang pendahuluan sebanyak RM500,000 kepada beliau,” katanya.

Jelasnya, laporan polis itu dibuat bagi menghentikan fitnah yang dilakukan oleh produser tersebut.

Sementara itu, Raja Azmi, 53, akan mengadakan satu sidang media khas berhubung isu tersebut di sebuah kafe di Melawati, pada Khamis.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");