Program Basmi Kemiskinan

YBUDR Bakal Realisasi Impian Warga Emas Miliki Kediaman Selesa

PERAKTODAY1

Nasib seorang warga emas uzur, Zainal Abidin Abdullah, 79, yang mendiami sebuah rumah usang di Kampung Sungai Petai, dekat Changkat Jering sejak 20 tahun lalu mendapat perhatian segera agensi kerajaan negeri, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Keadaan rumah pusaka yang ibarat menunggu masa menyembah bumi menyebabkan anak sulung daripada tujuh adik beradik itu terpaksa berpindah dan tinggal bersama adiknya, Azizah sejak tiga bulan lalu.

Prihatin dengan nasib yang menimpa warga emas itu, Ketua Pegawai Eksekutif YBUDR, Datuk Ismail Saffian hari ini turun padang untuk meninjau sendiri kesulitan yang dihadapi Zainal Abidin yang turut disahkan mengalami gangguan mental.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ismail menegaskan sebuah bilik yang dilengkapi dengan kemudahan tandas akan dibina untuk kegunaan Zainal Abidin yang dianggarkan menelan kos sekitar RM15,000.

Katanya, jika mendapat persetujuan pihak waris, projek itu akan dilaksanakan dengan kadar segera agar dapat disiapkan sebelum Aidilfitri nanti.

“Kita akan menyediakan sebuah bilik dilengkapi dengan kemudahan tandas untuk keselesaan Zainal Abidin yang bersambung dengan rumah adiknya, Azizah.

“YBUDR melihat Keperluan untuk membina sebuah rumah baru tidak begitu mendesak kerana warga emas ini masih memerlukan penjagaan rapi daripada ahli keluarganya.

PERAKTODAY

“Pihak YBUDR akan segera melaksanakan projek ini menerusi peruntukan agensi sekiranya cadangan itu mendapat persetujuan pihak keluarga yang menguruskan Zainal Abidin,” katanya lagi.

Ismail menegaskan, nama warga emas itu juga tidak tersenarai dalam daftar e-Kasih, sekaligus tidak layak menerima bantuan membina rumah baru bagi menggantikan rumah papan yang semakin usang.

Pada majlis sama, pihak YBUDR turut menyerahkan dua kotak makanan kepada Azizah bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga berkenaan.

Terdahulu, Azizah memaklumkan abangnya tinggal berseorangan di rumah papan yang dibina arwah bapa sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Beliau berkata, pihaknya pernah mengemukakan permohonan kepada pihak kerajaan untuk membina rumah baru yang selesa untuk didiami Zainal Abidin tetapi malangnya tiada sebarang reaksi positif diterima sehingga hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");