Berita Hari Ini

Peruntukan RM50 juta untuk usahawan India

images

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah berjanji memperuntukkan RM50 juta semata-mata bagi pemandu teksi India di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) tetapi wang itu adalah bagi keseluruhan pembangunan usahawan India.

Pengarah Sekretariat Khas bagi Memperkasakan Usahawan India (SEED) Dr A. T. Kumararajah menjelaskan kerajaan tidak pernah berjanji RM50 juta bagi pemandu teksi India Malaysia.

“Apa yang dijanjikan kerajaan ialah usahawan India akan mendapat akses kepada dana RM50 juta daripada Tekun Nasional tahun ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kumararajah berkata SEED telah mengeluarkan pinjaman RM4.8 juta kepada pemandu teksi India di bawah skim khasnya bagi kumpulan itu.

Beliau berkata 570 permohonan telah diluluskan daripada 960 permohonan yang diterima sejak April dan sehingga sekarang, di bawah skim khas bagi pemandu teksi India.

“Baki 390 permohonan masih sedang diproses kerana maklumat tidak lengkap dalam borang permohonan,” katanya.

Beliau berkata SEED akan meminta kerajaan memperuntukkan RM70 juta lagi bagi pemandu teksi India di bawah Bajet 2014.

Kumararajah berkata sejak penubuhan skim khas bagi orang India di bawah Tekun Nasional, sejumlah RM3.45 juta telah dikeluarkan kepada 4,212 usahawan India sehingga bulan ini di bawah fasa pertama.

Dalam fasa kedua skim tersebut, SEED telah memberikan lebih RM80.5 juta kepada 5,020 usahawan India, katanya, sambil menambah sejumlah RM115 juta telah dikeluarkan kepada 9,232 usahawan India.

SEED ialah unit yang ditubuhkan di bawah Program Transformasi Ekonomi Masyarakat India di Jabatan Perdana Menteri.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");