Perak Hari Ini

DS Zambry Arah Kes Keracunan Makanan Disiasat

PERAKTODAY5

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan pihaknya memandang serius kes keracunan yang melibatkan murid Sekolah Kebangsaan Kalgidhar, dekat Buntong, semalam.

Katanya, perkara yang berkaitan keracunan ini tidak boleh diambil mudah kerana ia melibatkan kanak-kanak sekolah.

“Kita tidak mahu pembelajaran mereka terjejas disebabkan masalah keracunan makanan.

“Ini satu masalah yang serius apabila ia melibatkan anak-anak kita yang belajar di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, hari ini.

Sehubungan itu, Zambry mengarahkan pegawai khas beliau melakukan pemeriksaan serta pemantauan ke atas kes keracunan tersebut.

“Saya telah mengarahkan juga pihak Kementerian Pelajaran khususnya Jabatan Pelajaran Negeri supaya mengambil tindakan segera.

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang didapati cuai dengan masalah kebersihan hingga menyebabkan keracunan,” tegasnya.

Tambahnya, beliau juga telah meminta pihak Jabatan Pelajaran menyediakan laporan berkaitan kes itu dengan kadar segera.

Semalam, media melaporkan seramai 40 orang murid sekolah berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Buntong kerana sakit perut dan muntah-muntah selepas dikatakan memakan nasi goreng basi di kantin sekolah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");