Published On: Tue, Jul 30th, 2013

Erma Fatima Bukan Sengaja Cetuskan ‘Pergaduhan’

Share This
Tags

erma

Penerbit dan pengarah filem Erma Fatima mengakui berasa sedih apabila sering dianggap sebagai wanita ‘kaki gaduh’  termasuklah dalam kejadian terbaharu melibatkan Rabecca Nur Al-Islam.

 

Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad, 45, berkata, pergaduhan yang tercetus itu bukannya sengaja diada-adakan, tetapi dia mempunyai sebab tersendiri mengapakah peristiwa sedemikian boleh berlaku.

 

“Seperti yang anda tahu, saya seorang yang lantang bersuara dan suka berterus terang. Dan bila tidak suka sesuatu perkara, saya akan cakap.

 

“Kalau di set penggambaran, artis buat kerja tak betul, saya tegur. Begitu juga apabila ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tentang saya, saya balas pendapat itu jika ada fakta yang salah.

 

“Tetapi lain pula jadinya apabila orang kata saya ini kaki gaduh dan asyik nak cari fasal dengan orang pula,” katanya kepada mStar Online.

Baru-baru ini, Erma  dan  Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus.

Hal tersebut membuatkan Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur  pada 23 Julai lalu.

Bagaimanapun Erma enggan mengulas panjang mengenai kes itu kerana masih dalam perbicaraan.

“Kes masih berjalan dan akan ada perbicaraan selanjutnya.  Saya juga seorang artis, jadi saya tidak akan buat seperti yang didakwa dia (Rebecca). Selama saya menjadi penerbit drama atau filem perkara seperti ini (tidak bayar pelakon) juga tidak pernah berlaku,” ujarnya.

Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh syarikat Erma sendiri iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.

Selain Rabecca, drama berkenaan turut dibintangi Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias.

Pada tahun 2010, Erma juga pernah berperang mulut dengan aktres Elly Suriati yang mendakwa skrip serta jalan cerita teater muzikal Antara yang diarahnya bertentangan dengan ajaran serta akidah Islam.

-Mstar

 

About the Author

Comments

comments

Displaying 1 Comments
Have Your Say
  1. Kadang kala bila kita berterus terang ada pihak yang tersinggung.

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>