Berita Hari Ini

JPJ Sasar Rekrut 300,000 Sertai Skuad Muda 1JPJ

Lesen

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos (Bernama) — Jabatan  Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan untuk merekrut kira-kira 300,000 orang menyertai Skuad Muda 1JPJ menjelang tahun depan.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata menerusi skuad itu, golongan muda yang direkrut akan berperanan sebagai sukarelawan JPJ.

“Selain membantu pegawai penguat kuasa ketika operasi, mereka juga akan menjadi ‘mata’ JPJ dan melaporkan kepada kita jika ada pengguna jalan raya melakukan kesalahan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Ops Khas Motosikal sempena Aidilfitri yang dijalankan serentak di seluruh negara, di sini Sabtu malam.

“Kebanyakan mereka ini adalah daripada badan bukan kerajaan serta ahli-ahli kelab permotoran dan persatuan automotif. Mereka hanya membantu kita menyalurkan maklumat tetapi mereka tidak mempuyai kuasa untuk menahan pengguna jalan raya,” katanya.

Menurut beliau penubuhan skuad itu juga sebagai kumpulan sokongan kepada JPJ yang kekurangan tenaga kerja bagi memantau lebih 23 juta kenderaan yang didaftarkan di negara ini setakat ini.

Mengenai operasi khas motosikal itu, Ismail berkata setakat 9.30 malam sebanyak 1,305 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di seluruh negara. JPJ juga menyita 39 motosikal.

–BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");