Perak Aman Jaya, Perak Hari Ini

8,000 Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri

PERAKTODAY1

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim berangkat menghadiri Rumah Terbuka Aidilfiri yang dihoskan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh, petang tadi.

Hampir 8,000 rakyat berbilang bangsa dan agama membanjiri perkarangan kediaman rasmi Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, sekaligus memeriahkan lagi majlis itu yang bermula kira-kira jam 4 petang.

Raja Nazrin dan Zara turut menyamapaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak Taska Permata.

Hadir sama, Raja Di Hilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkipli.

Pelbagai juadah enak seperti kambing panggang, sate, laksa, kuih-muih tradisional, nasi beriani, nasi minyak dan nasi lemak disajikan buat tetamu yang hadir.

Setiap wakil jabatan negeri seperti Puspanita dan Yayasan Perak masing-masing sibuk menguruskan gerai makanan yang menyediakan pelbagai juadah buat para pengunjung yang hadir.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan tarian tradisional dan nyanyian artis jemputan, Siti Fairuz.

PERAKTODAY

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");