Jenayah

3 rumah, 4 kereta musnah dalam kebakaran

Gambar hiasan:-
Gambar hiasan:-

BESUT – Dua buah rumah kedai dan empat buah kereta musnah dalam kebakaran di Kampung Pak Wong, Jerteh petang semalam.

Sementara sebuah lagi rumah rosak sebahagiannya dalam kejadian kira-kira pukul 5.22 petang itu.

Ketika kejadian dua penghuni rumah kedai itu tiada di rumah sementara penghuni rumah berkenaan yang menyewa rumah itu sempat menyelamatkan diri.

Seorang pemilik rumah kedai itu yang juga dijadikan bengkel membaiki kereta, Azmi Alias, 32, berkata semasa kejadian, beliau bersama isterinya Rosliza Mahmud, 33, dan tiga anaknya yang berumur antara 4 hingga 8 tahun sedang berada di Kota Bharu.

“Kami sekeluarga pergi ke Kota Baharu untuk majlis meminang dan terkejut apabila mendapat panggilan daripada seorang jiran tentang kebakaran ini,” katanya yang menerima berita kebakaran ketika dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu.

Seorang lagi penghuni rumah kedai, Azhar Mohamad, 30, berkata ketika kejadian, beliau dan isteri termasuk dua anak mereka sedang melawat keluarganya di sebuah kampung lain.

Beliau yang bekerja kampung terkejut apabila pulang ke rumah dan mendapati anggota bomba dan orang ramai berada di rumah yang baharu disewanya selama empat bulan itu.

Komander Operasi Bomba Besut, Pegawai Penguasa Bomba Hasmadi Jusoh berkata pihaknya menganggarkan kerugian awal sebanyak RM340,000 tidak termasuk kemusnahan empat buah kereta yang sedang dibaiki di bengkel tersebut.

“Kami sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran yang dilaporkan bermula dari rumah kedai yang dijadikan bengkel itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Jabi, Mohd Iskandar Jaafar ketika melawat tempat kejadian berkata pihaknya akan cuba membantu mangsa kebakaran.

“Saya akan cuba mengusahakan agar mangsa mendapat kemudahan pinjaman tanpa faedah supaya mangsa dapat meneruskan akiviti masing-masing untuk menyara keluarga mereka,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");