Published On: Fri, Oct 4th, 2013

‘Designer DD Naik Haji’ Lakonan Pertama Didie Alias Bersama RTM

Share This
Tags

didie

Telefilem Designer DD Naik Haji merupakan lakonan pertama Didie Alias, 40, bersama produksi terbitan RTM biarpun sudah lama berada dalam industri seni tanah air.

Penerbit Eksekutif RTM, Ibrahim Ismail berkata, perkara tersebut disebabkan sebelum ini pihaknya tidak mempunyai watak yang bersesuaian dengan pelakon wanita tersebut.

“Telefilem ini merupakan drama pertama lakonan Didie Alias bersama RTM. Sebelum ini nama dia tidak pernah tersenarai untuk berlakon bawah pihak kami. Mungkin kerana tiada watak yang sesuai,” katanya pada sidang media telefilem di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri, di sini, Khamis.

Tambahnya, pemilihan Didie sebagai pemegang watak utama dalam drama khas sempena Hari Raya Aidiladha itu adalah berikutan karakternya sebagai ‘Lady Gaga Malaysia’.

“Kita mencari seorang yang berkarakter seperti Lady Gaga dan hanya seorang sahaja di Malaysia iaitu Didie Alias dan kita juga menggunakan nama asalnya sebagai tajuk drama ini.

“Alhamdulillah dia terima tawaran ini dan menjayakan drama ini dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Didie atau nama sebenar Fadzilah Muhd Ali mengakui teruja dapat bekerjasama dengan pihak RTM buat pertama kali sepanjang kerjayanya sebagai pelakon.

“Sebelum ini ada beberapa tawaran drama tapi terpaksa ditolak kerana bertindih dengan penggambaran lain. Namun begitu saya banyak terlibat sebagai pengacara dengan pihak RTM,” katanya.

Drama ini mengisahkan mengenai seorang pereka fesyen yang berhasrat untuk mendekatkan diri dengan agama dan ingin menunaikan ibadah Haji namun mendapat tentangan keluarga.

Ia turut dibarisi pelakon popular Amar Asyraf, Chacha Maembong dan Maimunah Ahmad.

Designer DD Naik Haji bakal disiarkan pada 15 Oktober ini pada pukul 10 malam di TV1.

-mStar

About the Author

Comments

comments

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>