Jenayah

Polis rampas lebih 2,000 biji pil di Dungun

gambar hiasan:-
gambar hiasan:-

DUNGUN – Pasangan kekasih adalah antara tiga yang ditahan bersama lebih 2,000 pil dipercayai pil kuda dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata serbuan oleh sepasukan tujuh anggota Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun pada pukul 8.30 pagi itu dibuat hasil maklumat orang ramai.

“Pil-pil yang ditemui dalam 10 paket di dalam sebuah bilik di rumah itu dianggar bernilai RM25,000,” katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata pasangan kekasih, yang kedua-duanya berumur 28 tahun itu dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar bandar itu sejak sebulan lepas.

Turut dirampas wang tunai RM605 dipercayai hasil jualan dadah, buku akaun dan lesen memandu, katanya.

“Polis turut menemui 10 biji pil, dipercayai dadah bersama lelaki berusia 20-an yang ditahan bersama pasangan kekasih itu,” katanya.

Ahmad Zailani berkata ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Sementara itu, Ahmad Zailani berkata polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki memecah masuk sebuah tadika di Kampung Ketengah Jaya, di sini pada 28 Sept lepas.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di rumah keluarganya di Kampung Felda Kerteh 4, di sini pada pukul 8.15 pagi, Khamis lepas.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");