Jenayah

3 beranak maut di Lebuhraya KL-Karak

askar karak

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri yang bertugas sebagai anggota tentera dan anak perempuan mereka terbunuh selepas kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori tangki di KM49.0 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bukit Tinggi hari ini.

Ketua Polis Bentong, Superitendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika-tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah pemandu Perodua Alza, Jiman Raup, isterinya Nik Zaieyahaliza Ya, dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, Nurul Damia.

Beliau memberitahu Bernama kemalangan berlaku kira-kira pukul 7 pagi apabila kenderaan yang dipandu Jiman dari Terengganu ke Kuala Lumpur bertembung sebuah lori tangki tanpa muatan yang menghala ke Pantai Timur.

Sementara itu, pemandu lori yang hanya dikenali sebagai Abd Rahman, 38, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohamad Mansor berkata, pasangan anggota tentera itu bertugas di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan di sini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");