Berita Hari Ini

SME Bank fokus usahawan muda

SME

SME Bank Bhd (SME Bank) akan meningkatkan usaha melahirkan usahawan muda, antaranya melalui Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Cabaran Y-Biz untuk membantu kerajaan mencapai sasaran sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada ekonomi.

Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata , kerajaan menyasarkan sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan meningkat daripada 33 peratus pada masa ini kepada 41 peratus menjelang 2020.

Sehubungan itu, katanya, SME Bank akan meneruskan program Cabaran Y-Biz bagi tahun akan datang dengan kerjasama Kementerian Pendidikan yang melibatkan sekolah menengah seluruh Malaysia bagi membantu menanam semangat keusahawanan bermula di bangku sekolah.

“Inovasi dan kreativiti amat penting dalam membantu kita mencapai sasaran KDNK bagi industri PKS menjelang 2020, terutamanya melalui usahawan muda. Cabaran Y-Biz anjuran SME Bank ini memerlukan peserta mereka cipta produk yang mempunyai nilai komersial melalui kreativiti mereka.

“Program bermula pada 2012 ini adalah antara tanggungjawab korporat SME Bank dan kami harap peserta dapat buka minda mereka supaya menjadi lebih kreatif dan inovatif dengan mencipta produk yang mempunyai nilai komersial dan mudah digunakan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Cabaran Y-Biz 2013 di Kuala Lumpur, semalam.

Pelajar Sekolah Menengah St. Michael, Sabah dipilih sebagai johan cabaran itu dengan rekaan bekas air menggunakan buluh dan membawa pulang wang tunai RM20,000, serta tajaan tiket penerbangan bernilai RM25,000 untuk menyertai pertandingan di luar negara.

Tempat kedua dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Imtiaz, Terengganu dengan hadiah wang tunai RM15,000 dan tempat ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Maran, Pahang yang menerima wang RM10,000.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");