Membawang Hari Ini

Lisdawati Lega Tiada Diskriminasi Terhadap Pelakon Bertudung

Lisdawati

Dramatis Lisdawati berasa lega apabila pihak produksi tempatan tidak meletakkan sebarang diskriminasi terhadap pelakon bertudung sepertinya untuk berlakon dalam drama terbitan mereka.

Lisdawati berkata, sejak mula berhijab dia tidak pernah bimbang kerjaya lakonannya akan malap dan yakin perubahan itu akan membuka lagi pintu rezekinya.

“Sejak saya berhijab enam bulan lalu tawaran berlakon yang diterima masih banyak dan pihak produksi sedia bertolak-ansur tentang imej terbaharu saya dan akan mengubah suai watak diberikan bersesuaian dengan diri saya.

“Malah saya tidak lihat ada apa-apa diskriminasi terhadap pelakon bertudung dan ini adalah perkara yang sangat positif,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Lisdawati, walaupun sebelum ini ada salah faham mengatakan dia sedia membuka tudung untuk memenuhi sesuatu peranan tetapi dia menegaskan tidak akan sesekali membiarkan rambutnya dilihat oleh orang lain.

“Tiada istilah untuk buka tudung berlakon kerana jika sudah pakai tidak akan buka balik. Rambut saya tidak akan dilihat oleh sesiapa dalam mana-mana drama.

“Jika ada yang menonton drama saya tidak bertudung itu bererti ia adalah projek sebelum saya berhijab dan rasanya masih ada beberapa drama lakonan saya yang masih belum ditayangkan,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Lisdawati, dia sedar watak untuknya terhad dan dia tidak boleh lagi bersikap memilih terhadap watak yang diberikan kepadanya.

“Jika ia bersesuaian saya akan ambil kerana peranan untuk wanita bertudung agak terhad namun Alhamdulillah rezeki masih ada,” jelasnya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");