Membawang Hari Ini

Enggan berkongsi pentas?

artis

ACESHOWBIZ.com melaporkan, pelantun Blurred Lines, Robin Thicke enggan lagi berkongsi pentas dengan penyanyi kontroversi, Miley Cyrus, selepas muncul bersama menerusi acara MTV Video Awards pada Ogos lalu.

Thicke mengambil keputusan itu kerana bimbang persembahan itu nanti akan menimbulkan kontroversi dan rasa kurang senang dalam kalangan peminatnya.

“Semasa acara MTV Video Awards dahulu persembahan mereka dianggap kontroversi dan telah menimbulkan pelbagai reaksi buruk daripada peminat dan Thicke tidak mahu lagi berduet dengan Cyrus,” kata sumber terdekat penyanyi itu.

Dalam pada itu, Thicke ketika ditanya mengenai laporan dia bakal berkongsi pentas dengan Cyrus pada acara MTV Europe Music Awards, dia dengan lantang memberitahu perkara itu tidak akan berlaku.

Sebelum ini, Thicke mengakui dia tidak mengetahui Cyrus akan muncul di atas pentas dengan pakaian mendedahkan tubuhnya dan beraksi di luar kawalan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");