Perak Hari Ini

Kes jenayah indeks di Perak turun 13.8 peratus

Kes jenayah indeks di Perak bagi Februari menurun sebanyak 124 kes atau 13.82 peratus berbanding 897 kes pada Januari lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Shukri Dahlan, berkata dari segi perbandingan tahunan bagi tempoh dua bulan pertama tahun lalu, terdapat 1,777 kes dilaporkan berbanding hanya 1,669 kes untuk tempoh sama tahun ini.

“Ini menunjukkan penurunan 108 kes bersamaan negatif 6.08 peratus manakala penyelesaian kes sebanyak 43.32 peratus.

“Kedudukan jenayah jalanan bagi Februari berbanding Januari lalu sangat memberangsangkan dengan penurunan 45 kes atau 28.3 peratus. Pada Januari lalu, sebanyak 159 kes dilaporkan manakala bulan Februari pula, 114 kes jenayah jalanan direkodkan

“Namun begitu, kedudukan jenayah jalanan masih belum lagi mencapai sasaran di bawah NKRA. Dalam tempoh kajian terdapat 222 kes bagi tahun 2010 berbanding 273 kes bagi tahun 2011 dan ini bermakna terdapat peningkatan 51 kes bersamaan 22.97 peratus,” katanya di majlis perhimpunan bulan IPK Perak di Ipoh.

Sementara itu, Shukri berkata, semua kejayaan yang dicapai itu adalah hasil daripada kerja keras semua pihak.

Tegasnya, selain meningkatkan kehadiran polis melalui rondaan, sekatan jalan raya, operasi bersepadu dan kerjasama masyarakat, pasukan itu juga perlu melihat faktor yang menyumbang kepada kejadian jenayah seperti kesan  penyalahgunaan dadah dan masalah sosial masyarakat.

“Tidak terkecuali pengaruh visual lucah yang mungkin ada kaitan dengan jenayah ragut, pecah rumah dan rompakan.

“Justeru, tindakan melalui operasi yang lebih agresif untuk membanteras dan program ‘community policing’ untuk mendidik masyarakat perlu ditingkatkan lagi agar sasaran menurunkan jenayah dapat dimaksima,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");