Published On: Wed, Mar 16th, 2011

SUPER VI menyaksikan kelainan

Share This
Tags

Sukan Perak (SUPER) Keenam menyaksikan kelainan dari yang sebelumnya apabila setiap daerah diberi peluang untuk menganjurkan satu jenis sukan yang dipertandingkan.

Antara daerah yang terlibat dalam penganjuran khas tersebut termasuk Batang Padang (Silambam), Hilir Perak (Karate-Do), Hulu Perak (Memanah), Kerian (Badminton), Kampar (Sepak Takraw), Perak Tengah (Taekwando), Kinta (Olahraga), Kuala Kangsar (Bola Keranjang), Larut, Matang dan Selama (Pencak Silat), Manjung (Hoki wanita dan lelaki) manakala sukan Bola Jaring dianjurkan oleh pihak MSN Perak.

Dapat dilihat, upacara kali ini disambut baik oleh atlit-atlit dari seluruh negeri itu dengan penyertaan lebih 11 kontijen dari setiap daerah selain 6 kontijen jemputan termasuk dari Universiti Teknologi Petronas, UiTM Sri Iskandar, Kolej Tar, Universiti Tunku Abdul Rahman, Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Sultan Azlan Shah.

Lebih 3000 atlit dan pegawai terlibat dalam Super kali ini bagi merebut kira-kira 500 pingat yang disediakan.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah turut berkenan untuk menyempurnakan perasmian SUPER kali ini yang berlangsung dari 11 sehingga 19 Mac ini.

Turut berangkat ke majlis tersebut, Raja Dihilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa dengan diiringi Exco Belia dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Padzi Paharuddin.

Dalam pada itu, Sultan Perak turut berkenan untuk menyaksikan perlawanan bola Piala FA dimana pertarungan antara pasukan Perak dengan Terengganu selepas majlis perasmian tersebut.

Kehadiran tuanku dilihat telah menyemarakkan lagi semangat pemain pasukan Skuad Seladang itu apabila memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 3 berbalas 2.

About the Author

-

Comments

comments

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>