Jenayah

Kereta Api Barang Terbalik Di Bukit Mertajam

gambar hiasan:-
gambar hiasan:-

BUKIT MERTAJAM: Sebuah kereta api barang menuju ke selatan tergelincir dari landasan keretapi dan terbalik berhampiran Taman Tan Sai Gin dekat stesen kereta api lama di sini, awal hari Ahad.

Tidak ada kecederaan dilaporkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom) dan Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi) Lim Hock Seng berkata lima gerabak dengan muatan papan cip tergelincir dan mengganggu jadual perkhidmatan perjalanan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“KTMB kini dalam proses menjalankan kerja pembersihan, termasuk mengangkat gerabak dan kerja-kerja pembaikan lain yang dijangka siap petang ini,” kata Lim ketika dihubungi.

“Kren seberat 100 tan telah dibawa ke tempat kejadian untuk mengangkat gerabak tergelincir,” katanya.

Semua penumpang yang terjejas telah dibawa dengan bas ke stesen kereta api lain untuk meneruskan perjalanan mereka, kata Lim.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");