Jenayah

Lelaki Baling Al-Quran Di Terengganu Ditahan

gari

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kejadian membaling Al-Quran di sebuah masjid di Besut.

Lelaki yang dipercayai pesakit mental itu didakwa bertanggungjawab membaling kitab suci umat Islam ke dalam tandas dalam kejadian pada awal pagi Selasa.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Besut pada pukul 5 petang Selasa berdasarkan imej yang diperolehi daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Dengan penangkapan lelaki terbabit kita menganggap kes ini selesai dan kami berharap ia juga akan menghentikan spekulasi tidak berasas di media sosial oleh kumpulan-kumpulan yang ingin menghasut kebencian,” kata Jamshah pada sidang akhbar.

-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");