Jenayah

Allah beri ‘kunci’ untuk temui apa saja – Kapten Norudin

tragedi mas_4Pesawat MAS MH370 yang hilang daripada radar ketika dalam perjalanan ke Beijing Sabtu lalu memang satu keajaiban yang perlu diterima oleh masyarakat.

Kapten Norudin Abd. Majid yang berpengalaman mengetuai pesawat Boeing 777-200 menyifatkan kejadian itu cukup luar biasa kerana setakat ini tiada kesan letupan dikesan dan sains moden masih belum membuktikan sesuatu.

Lantaran itu, beliau menyeru semua pihak agar terus berdoa dan memohon kepada Allah meleraikan kekusutan dalam pencarian pesawat MH370 yang sudah memasuki hari keempat.

“Kita mesti menggunakan pengetahuan dan kepakaran orang-orang tertentu yang dekat dengan Allah serta keluarga penumpang yang dalam keadaan emosi untuk terus berdoa.

“Dari segi sains, pesawat (MH370) berlepas ke Beijing dan berada pada ketinggian 35,000. dengan kelajuan 855 kilometer sejam dan melepasi Semenanjung.

“Semasa dalam ketinggian itu, belum pun melewati Vietnam, masih dalam kawalan Jabatan Penerbangan Awam, tiba-tiba ia hilang. Tiada kesan langsung dan noktah.

“Sedangkan kawasan itu adalah laluan biasa bagi pesawat ke Asia Timur, termasuk China.

“Dengan adanya teknologi moden orang yang berjalan di lorong kecil pun boleh dikesan, inikan kapal terbang,” katanya dalam siaran khas di Buletin Utama TV3.

Tambahnya, situasi sekarang mengakibatkan dunia keliru tetapi realitinya perlu diterima.

“Bukan tidak pernah kejadian pesawat hilang dan pesawat MH370 hilang dalam keadaan keajaiban sebab bacaan pada radar tidak diketahui, hilang.

“Allah memberi kita segala ‘kunci’ untuk menemui apa sahaja,” ujarnya yang berkali-kali menyatakan keyakinan pesawat berkenaan pasti akan ditemui.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");