Membawang Hari Ini

‘Selepas Berpisah’ Taruhan Pertama Fitri Hakim

Fitri (1)Artis baharu naungan KRU Music iaitu Fitri Hakim berharap dapat meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi solo tempatan lain dengan berbekalkan bakat dan komitmennya terhadap bidang itu.

Fitri berkata, dia juga bertuah dapat mendapat didikan daripada salah seorang anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim yang mencipta single pertamanya berjudul ‘Selepas Berpisah’.

“Saya pernah memasuki pelbagai pertandingan seawal usia saya enam tahun dan tidak pernah berputus asa dalam mengejar cita-cita untuk bergelar penyanyi.

“Prinsip ‘usaha tangga kejayaan’ sentiasa saya pegang dalam memastikan cita-cita saya tidak tersasar,” katanya.

Anak kelahiran Pahang Darul Makmur ini pernah mendapat tempat ketiga program Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan RTM Kuching, Sarawak pada 2003, Naib Juara Bintang Klasik Nasional Peringkat Kebangsaan tahun 2010 dan dia merupakan Naib Juara Bintang RTM tahun 2012.

Fitri Hakim juga pernah dianugerahkan sebagai Ikon Berpotensi di dalam program Ikon Kem Bintang Bintang di TVi @ ASTRO 180.

Sementara itu, bercakap mengenai ‘Selepas Berpisah’, Fitri berkata, lagu berkenaan sebenarnya dicipta Edry khas untuk kumpulan KRU tetapi ia diberikan kepadanya untuk dinyanyikan sebagai demo semasa sesi uji bakat.

“Edry dan Norman menyukai cara penyampaian saya dalam lagu tersebut dan memberikan lagu berkenaan kepada saya sebagai single pertama dan berharap ia akan dapat diterima baik oleh pendengar,” ujarnya.

Jelas Fitir, ‘Selepas Berpisah’ adalah sebuah lagu yang berkisarkan tentang perasaan sedih yang dihadapi seseorang yang dikecewakan kerana wujudnya cinta pihak ketiga.

“Isu orang ketiga yang kian hangat diperkatakan sekarang pastinya sinonim dengan apa yang hendak disampaikan menerusi lagu `Selepas Berpisah’.

Pihak KRU Music turut memuat naik video lirik lagu berkenaan di laman Youtube KRU Music dan ia juga dijual menerusi i-Tunes dan nada dering.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");