Perak Hari Ini

Perak Lantik 788 Ketua Kampung, Pengerusi JKKK

PERAKTODAY1

Seramai 788 orang menerima watikah pelantikan sebagai ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) negeri Perak bagi tempoh 2014-2015.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, jumlah tersebut mewakili sebanyak 96 peratus daripada keseluruhan jumlah yang telah diperuntukkan.

Perlantikan jawatan tersebut juga mewakili 822 buah kampung di seluruh Daerah di Perak bagi tempoh dua tahun.

Upacara pelantikan watikah ketua kampung dan pengerusi JKKK tersebut disempurnakan di Ipoh hari ini.

Tambah Zambry lagi, jumlah selebihnya  iaitu sebanyak 4 peratus yang tidak dilantik adalah disebabkan oleh masalah kesihatan yang dialami calon dan calon yang telah meninggal dunia sebelum proses pelantikan tersebut.

Beliau turut menasihati semua yang telah dilantik supaya menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Saya tidak mahu mendengar mengenai pekara-pekara yang tidak mampu diselesaikan kerana tanggungjawab sebagai ketua kampung adalah tanggungjawab yang sangat penting untuk dilaksanakan,” katanya.

Jelas Zambry lagi, peranan ketua kampung dan Pengerusi JKK adalah sebagai mata dan telinga serta menjadi pemimpin akar umbi membantu kerajaan.

“Mereka perlu menganggap bahawa tugas ini bukan sahaja keistimewaan tetapi lebih kepada tanggungjawab untuk digalas,” tegasnya.

Beliau turut menyuarakan cadangan untuk memberikan peluang dan ruang kepada golongan yang berusia 65 tahun ke atas untuk turut memberi sumbangan pada peringkat JKKK.

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal mengenai pekara ini dan akan dibawa ke kabinet kelak untuk diusulkan,” tambah Zambry lagi.

Ujarnya lagi, golongan imam adalah antara golongan berpotensi yang mampu memberikan sumbangan dalam bentuk bukan buah fikiran dan nasihat kepada pengurusan JKK kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");