Laporan Eksklusif

Penganjur Parti Liar Tidak Mohon Kebenaran: DBKL

gambar lucah
Susulan penganjuran parti liar ‘Topless Friday Beach Party’ yang bakal diadakan di kelab malam, The Pool, dekat Kuala Lumpur,Jumaat ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendedahkan pengurusan premis tersebut tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti itu.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, DBKL memaklumkan jika pihak penganjur membuat permohonan sekalipun, ia tidak akan diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan tersebut.

Ini kerana aktiviti tersebut tidak selaras dengan garis panduan pelesenan yang diluluskan oleh DBKL.

“Iklan bersempena aktiviti tersebut juga dipamerkan tanpa kelulusan lesen DBKL.

“Justeru, pihak penganjur diarahkan untuk memberi surat bertulis dalam tempoh tujuh hari bagi mengemukakan sebab kelulusan lesen premis dan lesen hiburan mereka tidak boleh dibatalkan ekoran kesalahan tersebut,” kata kenyataan akhbar itu lagi.

Premis tersebut akan diarahkan untuk ditutup selama tujuh hari mulai malam ini bagi memastikan ia mematuhi syarat yang ditetapkan DBKL.

Sebelum ini, parti liar yang menggalakkan pengunjungnya memakai bikini dan seluar pendek itu mendapat kecaman ramai terutamanya menerusi laman sosial.

Poster iklannya turut menyertakan satu klausa yang berbunyi, “lebih sedikit pakaian lebih bagus” selain pertandingan tarian lucah dengan habuan minuman keras buat para pemenang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");