Isu Panas

Khalid dikecam kempen guna media rasmi Selangor

khalid ibrahim
Kuala Lumpur: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengecam dan membantah sekeras-kerasnya tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyalahguna media rasmi kerajaan negeri untuk berkempen bagi merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu.

Setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad, berkata AMK kesal dan kecewa kerana sebelum ini Abdul Khalid sering menonjolkan dirinya sebagai seorang yang bersih dan berintegriti.

“(Pemimpin itu) akhirnya menyalahgunakan portal media rasmi kerajaan negeri bagi tujuan politik peribadi beliau,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman facebook AMK Selangor, semalam.

Pertandingan 4 penjuru

Dalam pertandingan empat penjuru bagi merebut jawatan kedua tertinggi PKR itu, Abdul Khalid bakal dicabar penyandang kerusi berkenaan, Mohamed Azmin Ali yang juga Pengerusi PKR Selangor; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan ahli Cabang Hulu Selangor, Datuk K Ramachandram.

Merujuk satu artikel yang dimuat nak di laman web Selangor Kini yang didakwa bernaung di bawah Media Selangorku bertarikh 12 April lalu bertajuk ‘Pemilihan PKR 2014: Kenapa Tan Sri Khalid wajar diangkat sebagai Timbalan Presiden’, Saifuddin Shafi berkata, tindakan itu jelas menunjukkan penyalahgunaan portal media kerajaan Selangor bagi tujuan kepentingan politik Menteri Besar.

Katanya, semakan susulan juga menunjukkan bahawa akaun laman sosial Media Selangorku menerusi facebook dan twitter turut disalahgunakan bagi tujuan sama iaitu berkempen untuk Menteri Besar Selangor.

“Tindakan sebegini sememangnya memalukan kerana ia bercanggah dengan pendirian dan prinsip PKR khususnya serta pakatan rakyat amnya yang konsisten membantah tindakan BN yang menyalahgunakan media rasmi kerajaan seperti RTM bagi kepentingan politik mereka,” katanya.

– Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");