Jenayah

Dibelasah ahli kumpulan pengedar dadah

dadah 1

Tapah: Seorang lelaki berusia 23 tahun mengalami detik menakutkan dalam hidupnya apabila dilarikan kemudian diikat dan ditutup matanya lalu dibelasah di kepala sebelum ditinggalkan berseorangan di sebuah ladang sawit dekat sini, tengah hari semalam.

Kejadian pada jam 4.30 pagi itu apabila sekumpulan empat lelaki bertopeng dipercayai anggota kumpulan pengedar dadah bersenjatakan parang memecah masuk sebuah rumah di kawasan Rumah Awam 3, Bidor, di sini, lantas melarikan kereta PERODUA Myvi serta menculik lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, berkata jiran mangsa yang melihat kejadian itu menghubungi polis yang terus melakukan operasi mengesan suspek dan pemuda yang dilarikan itu termasuk melalui sekatan jalan raya.

“Hasil tindakan pantas polis, seorang suspek berjaya diberkas bersama kenderaan mangsa yang dilarikan dalam satu sekatan jalan raya di Coldstream, Jalan Teluk Intan-Bidor.

“Mangsa pula didapati ditinggalkan di sebuah ladang kelapa sawit di Tapah Road, dekat sini, tetapi berjaya melepaskan diri kira-kira jam 12 tengah hari sebelum meminta bantuan dari rakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Som Sak berkata, mangsa yang cedera di kepala dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan dengan polis masih menjalankan siasatan terhadap punca utama kejadian itu selain memburu saki baki kumpulan terbabit.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");