Sukan Hari Ini

Misi balas dendam

misi balas

REAL Madrid berpeluang membalas dendam ke atas Barcelona apabila kedua-dua pasukan bertemu pada final Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey) di Estadio de Mestalla, awal pagi esok.

Sekiranya Real berjaya menewaskan Barcelona, ia mampu mengubat kekecewaan skuad Los Blancos selepas tewas 3-4 pada aksi La Liga sebelum ini.

Menurut pengendali Real, Carlo Ancelotti, memori skuad bimbingannya dimalukan dalam saingan La Liga masih segar dalam ingatannya.

Oleh itu katanya, beliau bertekad tidak mahu Real dimalukan buat kali kedua di tangan skuad bimbingan Tata Martino itu.

“Kami sentiasa mahukan kejayaan. Memenangi saingan ini amat penting, bukan sahaja menebus kekecewaan tewas minggu lalu, tapi kita turut mempunyai peluang untuk membalas dendam,” katanya,

Bagaimanapun, Real bakal berdepan sedikit kesukaran selepas penyerang berbisanya, Cristiano Ronaldo tidak dapat diturunkan apabila masih berhadapan dengan masalah kecederaan lutut.

Namun situasi berkenaan jelas tidak mengundang resah buat Ancelotti memandangkan sebelum ini, pasukannya pernah membuktikan mereka boleh menang tanpa kelibat pemain Portugal itu.

“Ronaldo semakin pulih tapi kita tidak akan mengambil risiko. Jika dia tidak diturunkan pun, corak permainan kami tidak akan ada masalah. Pemain lain tetap mampu bermain dengan baik,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");