Isu Panas

Hudud: Pas akan temui pemimpin DAP

hudud

KOTA BHARU – Pas Kelantan akan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan DAP dalam masa terdekat bagi mendengar alasan mereka menolak perlaksanaan hukum hudud di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, langkah itu diambil berikutan DAP sebelum ini menyatakan pendirian menentang hudud dan tidak akan sokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan di Parlimen.

“Kita mahu jumpa DAP sebab mahu dengar apa sebab dan alasan mereka tolak, mereka juga kena dengar penjelasan dari kita. Soal dia (DAP) setuju atau tidak selepas perjumpaan itu adalah hak dia, kita tidak akan paksa,” katanya pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Mohd Amar berkata, tindakan itu jelas menunjukkan Pas tidak akan tunduk dengan penolakan DAP terhadap hudud dan akan terus memperjuangkan sehingga Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di negeri ini dapat dilaksanakan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah  Syariah (2) 1993 berkata, bagi membolehkan usaha pelaksanaan hudud ini diterima dengan baik, pihaknya akan mengadakan sesi taklimat kepada pihak yang berkenaan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");