Jenayah

509 ditahan edar, miliki dadah

dadah salah

Seremban – Seramai 509 individu mengedar dan memiliki dadah ditahan sejak Januari hingga kelmarin, dalam beberapa siri serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua JSJN negeri, Deputi Superintendan Pang Jin Lai berkata, daripada jumlah tersebut, 150 adalah pengedar dadah dan 340 lagi ditahan atas kesalahan memiliki dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Bagi kesalahan mengedar dadah mereka disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A (1) dan 39A (2) ADB 1952. Manakala 340 individu yang memiliki dadah pula disiasat mengikut Seksyen 12 (3), Seksyen 6 dan Seksyen 30 (3) akta sama.

“Manakala 19 lagi individu ditahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas,” katanya selepas Majlis Penyerahan Tugas Ketua JSJN di IPK Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Menurutnya, hasil penahanan semua suspek, pihak JSJN negeri telah merampas pelbagai jenis dadah antaranya heroin, ganja, syabu, ketamin dan serbuk ectasy membabitkan 22.5 kilogram dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Jin Lai berkata, berdasarkan risikan pihaknya, Seremban, Nilai dan Jempol dikesan sebagai lokasi tumpuan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Dadah jenis heroin, syabu dan ganja mendapat permintaan tinggi di sini,” katanya.

Sementara itu, Jin Lai yang sebelum ini memangku jawatan berkenaan sejak 30 Disember lalu menyerah tugasnya kepada Ketua JSJN baharu iaitu Superintendan Ayub Salim.

Ayub sebelum itu bertugas di Bahagian Risikan JSJN Bukit Aman dan telah berkhidmat selama 32 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, beliau berharap dapat meneruskan kesinambungan kerja-kerja pencegahan dan pembanterasan semua aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di negeri ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");