Sukan Hari Ini

Pafa kesal bas JDT disembur cat

pafa kesal

PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak terlibat insiden bas membawa pemain dan pegawai pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) disembur cat kuning, petang semalam.

Presidennya, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, tindakan perlu diambil kerana telah mencemarkan imej penyokong tulen Perak.

“Ini perbuatan tidak bertamadun dan sama sekali tidak wajar berlaku. Mereka ini bukan orang yang meminati sukan bola sepak sejati.

“Mereka bukan sahaja telah mencemarkan imej penyokong tulen Perak, malah memberi tanggapan yang tidak baik kepada pasukan pelawat,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin menjelaskan, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kehadiran awal penyokong JDT bagi menyaksikan perlawanan di Stadium Perak, Ipoh.

Beliau berkata, pihaknya hanya menyedari kehadiran penyokong Harimau Selatan selepas insiden bas JDT disembur cat.

“Memang JDT tidak ada memaklumkan kita sama ada melalui telefon, faks, emel mahupun khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Pafa tentang kehadiran penyokong mereka di Ipoh.

“Lazimnya, memang jika pasukan lawan bertandang ke Ipoh, mereka akan maklumkan kepada kita kehadiran penyokong mereka, tapi bagi kes JDT ini, tiada dan jika kami ke tempat lawan pun kita akan hantar makluman, itu kebiasaannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Aziz menambah, Pafa menyediakan tempat letak kenderaan, termasuk kawalan keselamatan dalam stadium kepada penyokong JDT berkenaan.

“Kawalan keselamatan yang rapi memang kita lakukan untuk menjamin keselamatan penyokong dan biasanya penyokong kita tak bagi keluar dari stadium.

“Bas (membawa penyokong) akan datang ke pintu grandstand dan ambil mereka malah kita ada bantuan daripada pihak polis untuk iring mereka sampai masuk ke lebuh raya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");