Jenayah

Tiga sekawan mengaku bersalah

3 mgaku bersalah

NIBONG TEBAL – Tiga lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jawi terhadap empat pertuduhan melibatkan kemalangan antara pacuan empat roda dan bas ekspres pada 29 Mac lalu.

Mohd Azzam Saifuddin Ahmad Jalaludin, 25, mengaku bersalah kerana memandu dengan cuai selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Salwa Jaafar.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memandu pacuan empat roda dari arah belakang dan memotong di lorong kiri bas ekspres yang berada di lorong kanan.

Dia kemudiannya mengubah haluan ke lorong kanan menyebabkan kenderaannya terkena pada bahagian hadapan sebelah kiri bas menyebabkan pacuan empat roda itu melintang di tengah jalan dan melanggar besi tengah pembahagi jalan.

Insiden terbabit menyebabkan pemandu bas ekspres hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di bahagian kiri jalan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa kerana tidak memiliki lesen memandu.

Rakannya, Abdull Ghafar Abu Bakar, 37, didakwa di bawah Seksyen 108 (1) (d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membuat laporan dan memberikan keterangan palsu dalam kes kemalangan terbabit.

Dia yang mengaku bersalah dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau lima bulan penjara.

Pemilik kenderaan, Saifullizam Hussin, 39, mengaku bersalah kerana membenarkan pemandu yang tidak memiliki lesen memandu kenderaannya sehingga menyebabkan kemalangan.

Dia dituduh di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dikenakan hukuman denda RM300 atau tiga hari penjara.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nor Sakinah Ibrahim.

Terdahulu, 16 penumpang bas ekspres nyaris maut selepas bas yang mereka naiki terbalik di Kilometer 164 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Jawi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, bas yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Alor Setar, Kedah itu terbalik menyebabkan enam penumpang cedera parah manakala lapan orang termasuk dua pemandu bas mengalami kecederaan ringan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");