Jenayah

Jalan penuh sisa binaan

penuh sisa

ALOR SETAR – Penduduk di beberapa taman sepanjang Jalan Langgar dekat sini kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa binaan di sepanjang jalan itu.

Penduduk mendakwa aktiviti membuang sisa binaan serta sampah itu sering dilakukan pada waktu malam supaya pihak berkuasa tidak dapat mengambil tindakan terhadap mereka.

Penduduk, Danial Ahmad, 45 berkata, dia kesal dengan tindakan pihak tersebut membuang sampah dan sisa binaan di hadapan perumahan itu kerana menjejaskan pandangan orang luar.

Katanya, sisa binaan dan sampah itu dibuang sejak setahun lalu secara kecil-kecilan tetapi selepas tidak ada sebarang tindakan, pihak terbabit membuangnya dengan banyak hingga menjejaskan pandangan di sepanjang jalan itu.

“Pada mulanya penduduk di sini berharap pihak berkuasa akan datang dan membuang serta menolak longgokan sisa binaan itu tetapi sehingga sekarang longgokan itu terbiar dan membimbangkan penduduk.

“Kami bimbang longgokan sisa bahan binaan itu akan menjadi sarang haiwan berbisa hingga mengganggu keselamatan penduduk di taman ini,” katanya.

Rakannya, Shahbani Ibrahim, 54, pula berkata, dia berharap pihak berkuasa mengambil tindakan kepada pihak yang membuang sisa bahan binaan itu.

Katanya, pernah ada wakil penduduk cuba menasihatkan pihak yang membuang sampah di situ, tetapi mereka masih berdegil.

“Kami harap pihak berkuasa dapat turun dan meninjau kawasan itu bagi mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");