Jenayah

Mangsa pelik jiran menjerit

mangsa pelik

JOHOR BAHRU – “Saya pelik dan terkejut apabila mendengar jiran belakang rumah menjerit terbakar.. terbakar.. sebaik elektrik secara tiba-tiba terpadam ketika hujan lebat berserta petir, petang kelmarin,” kata mangsa kebakaran, Mohd Hafiez Muhamad Bkhari, 38.

Mohd Hafiez berkata, ketika kejadian lebih kurang jam 5.15 petang itu dia sedang berehat bersama isteri, Zalizah Wati MdJali, 34, di dalam bilik, sementara anak sulungnya berada diruang tamu bersama rakannya.

Menurutnya, dia berusaha mencari tempat yang terbakar, namun hanya kepulan asap yang kelihatan datang dari arah rumah jiran sebelahnya.

“Saya pada mulanya menjangkakan hanya terputus bekalan elektrik biasa, tapi jeritan jiran itu sebenarnya yang mengejutkan kami sekeluarga untuk berlari keluar rumah.

“Selepas diselidik rupanya rumah jiran sebelah yang terbakar, tapi dengan begitu cepat merebak ke rumah saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya di Taman Daya, di sini, semalam.

Seorang lagi mangsa, Murni Suryani Md Yasid, 38, berkata, dia yang berada di tempat kerja terkejut sebaik menerima panggilan kecemasan daripada jiran kira-kira jam 5 petang.

Menurutnya, hatinya sayu mengenangkan tingkat atas rumahnya yang musnah terbakar memandangkan banyak kenangan bersama arwah ibunya di situ.

“Sebelum ini saya tinggal bersama ibu, tapi selepas ibu meninggal dunia, saya tinggal sendirian di rumah ini.

“Terkejut dan hampir pitam apabila saya melihat rumah di bahagian tingkat atas sudah berubah menjadi arang sebaik tiba di perkarangan rumah dari tempat kerja,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");