Jenayah

BM6 berlepas sertai misi cari MH370

terus berdoa

MANJUNG – Kapal Auxiliary TLDM Bunga Mas Enam (BM6) telah berlepas ke Koridor Selatan Perairan Lautan Hindi kira-kira jam 8.40 pagi tadi bagi menyalurkan bantuan logistik operasi mencari dan menyelamat MH370.

Panglima Pemerintahan Bantuan, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslam Mohamad Ramli berkata, kapal berkenaan adalah kapal ketujuh menyertai operasi mencari berkenaan.

Menurutnya, BM6 berlepas bersama 25 kru daripada MISC Berhad yang telah diserapkan ke dalam pasukan simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) serta dua staf Tim Perubatan Tentera Darat Malaysia (TDM).

“Kapal berkenaan yang diterajui oleh Pegawai Memerintah Komander J Kuharaj PSSTLDM dijangka tiba di tempat mencari pada 25 April ini,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");