Perak Hari Ini

Pemilihan PKR: Keputusan Azizah, Anwar Bertanding Hanya Sandiwara

Tun

Persaingan antara pasangan suami isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merebut jawatan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan kali ini jelas hanya sekadar sandiwara politik yang mempunyai motif atau agenda tersembunyi.

Sambil menyifatkan Anwar sebagai penipu besar, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pemimpin pembangkang itu gemar mencipta sandiwara dan perjalanan hidupnya juga penuh dengan sandiwara termasuklah bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

“Ini sandiwara dan Anwar sering mencipta sandiwara dan sepanjang masa, dia hidup dalam sandiwara dan nak jadi Perdana Menteri atas ‘stage’ bolehlah.

“Macam-macam yang dia buat tetapi semuanya sandiwara cuma nak ada agenda lain, buat lain,” katanya kepada pemberita di Tronoh, hari ini.

Beliau mengulas laporan jawatan presiden parti itu akan ditandingi oleh Datin Seri Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pemilihan kali ini.

Difahamkan, Wan Azizah adalah plan B sekiranya Anwar menarik diri apabila keputusan kes mahkamahnya telah diputuskan yang menjejaskan peluangnya menjawat jawatan dalam parti politik.

Ditanya mengenai pembentangan rang undang-undang hudud yang dijangka dibentangkan di Parlimen oleh PAS pada Jun nanti, Mahathir berkata, parti itu mempunyai hak untuk berbuat demikian tetapi ia terpulang kepada ahli untuk memberi sokongan majoriti.

“Tetapi, saya tidak pasti mereka akan mendapat sokongan majoriti 2/3 atau tidak selain ia juga bakal meletakkan DAP dan UMNO dalam kedudukan yang memalukan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");