Jenayah

Sikap suka lihat kemalangan punca MRR2 sesak pagi ini

gambar trafik-JAM

Sikap pengguna jalan raya yang suka melihat kemalangan jalan raya mengakibatkan ribuan kenderaan terkandas di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Taman Melati sehingga ke Cheras seawal 7 pagi tadi.

Kesesakan teruk di laluan dua hala itu berlaku disebabkan kemalangan membabitkan beberapa kereta di persimpangan keluar Ukay Height di lorong pertama.

Sebuah kereta Honda dipercayai melanggar penghadang jalan raya dan remuk.

Insiden yang dipercayai berlaku ketika kenderaan mula keluar ke pusat bandar itu menyebabkan para pengguna jalan raya memperlahan kenderaan masing-masing untuk melihat kemalangan berkenaan.

Tabiat pengguna itu mengakibatkan aliran lalu lintas dari bulatan di AU2 sesak dan keadaan semakin buruk di laluan pusingan menghala ke Ampang.

Jalan di bawah jejambat yang mempunyai dua lorong menjadi empat lorong apabila pengguna mula mengejar masa dengan urusan masing-masing.

Laluan MRR2 itu merupakan satu-satunya jaringan pengguna dari arah Gombak ke Ampang, selain menjadi laluan susur keluar Lebuh Raya Ulu Kelang-Jalan Duta (Duke).

Meskipun polis trafik ditempatkan di kawasan berhampiran namun gagal mengawal kelancaran lalu lintas kerana pengguna memperlahan kenderaan masing-masing apabila tiba di tempat kemalangan.

Keadaan itu diburukkan lagi apabila Telekom Malaysia menjalankan kerja-kerja pengorekkan jalan di laluan ketiga yang menuju ke Ampang dan laluan pertama jalan menuju ke Taman Melati.

MalaysiaGazette difahamkan keadaan kembali pulih secara perlahan-lahan pada pukul 9 pagi tadi.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");