Jenayah

Hospital sesak

hospital

Klang: Ada katil tambahan yang terpaksa diletakkan di kaki lima wad. Itu keadaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, yang mengalami kesesakan berikutan bilangan pesakit terlalu ramai.

Tinjauan mendapati, katil tambahan diletak di laluan dalam wad itu menyukarkan pergerakan pesakit.
Selain itu, ada juga katil tambahan diletak di tepi kaunter jururawat.

Masalah itu semakin ketara pada waktu melawat kerana wad dipenuhi ahli keluarga dan rakan pesakit.

Timbul rasa tidak selesa

Ia turut menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pesakit lain yang menunggu mendapatkan rawatan serta petugas di hospital.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");