Perak Hari Ini

Tun M Cadang Tambak Johor Dirobohkan Untuk Projek Jambatan Persahabatan

Tun

Tambak Johor yang menghubungkan kawasan selatan negara ini dengan Singapura perlu dirobohkan sekiranya kerajaan ingin meneruskan pembinaan Jambatan Persahabatan, demikian cadangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dekat Seri Iskandar hari ini, beliau berkata, kemudahan itu menyebabkan pelbagai masalah terutamanya melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.

“Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak kerana ia menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut berharap agar kerajaan tidak akan membina jambatan di kawasan lain dan bertindak membiarkan
Tambak Johor di tempatnya kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Johor.

“Ia (Tambak Johor) perlu dirobohkan, jika tidak tak adalah persahabatan,” katanya.

Pada 7 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan pembinaan ‘Jambatan Persahabatan’ untuk menambah baik rangkaian jalan dan menjadi simbol persahabatan yang semakin berkembang antara Malaysia dan Singapura.

Cadangan itu adalah inisiatif jangka panjang yang akan membabitkan perbincangan meliputi pelbagai aspek serta kajian mendalam yang perlu dijalankan bersama-sama oleh kedua-dua negara, kata beliau.

“Saya ingin menegaskan bahawa ini adalah inisiatif jangka panjang, dengan mengambil kira rangkaian jalan menghubungkan Malaysia dan Singapura,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");