Sukan Hari Ini

Nor Farhan Dipanggil Perkuat Harimau Malaya

nf
Nor Farhan dipanggil oleh pengendali skuad Harimau Malaya bagi membantu memperkuatkan bahagian serangan negara:-

KUALA LUMPUR: Pemangku ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee akan memanggil pemain Terengganu, Nor Farhan Muhammad bagi memperkuatkan skuad kebangsaan itu bagi menghadapi perlawanan persahabatan kelas ‘A’ menentang Filipina di Bandaraya Cebu, Filipina, 27 April ini.

Pengendali berusia 44 tahun itu berkata beliau memutuskan untuk memanggil Nor Farhan dan selain itu mengekalkan sebahagian besar barisan pemain yang beraksi menentang Yemen pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015, 5 Mac lepas.

“Tiada banyak perubahan yang akan dilakukan. Mungkin dua atau tiga pemain baharu akan disenaraikan manakala sebahagian besar pemain yang beraksi menentang pasukan Filipina dan Yemen bulan lepas akan dikekalkan.

“Saya akan memilih pemain berdasarkan prestasi semasa. Pemain baharu bukanlah bermaksud pemain muda, pemain yang sudah lama berkecimpung dan menunjukkan prestasi yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel simposium bertajuk ‘Bola Sepak Negara Antara Bakat dan Budaya’ anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), di Auditorium Muzium Negara, Rabu.

Kim Swee berkata beliau bakal merombak bahagian pertahanan, tengah dan serangan pada kali ini selepas beberapa pemain utama mengalami kecederaan serius dan mengambil masa yang lama untuk kembali pulih.

“Seperti yang kita tahu (pertahanan) Amirizwan Taj (Tajudin) mengalami kecederaan yang serius, maka kita ada kekosongan di situ. Posisi ini mungkin termasuk posisi penyerang kerana tidak banyak penyerang kita yang berjaya menjaringkan gol yang banyak dalam Liga Malaysia,” katanya.

Menyentuh mengenai perlawanan persahabatan berkenaan, Kim Swee berharap skuad Harimau Malaya mampu melakar kejayaan yang lebih baik.

Pada pertemuan menentang Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 1 Mac lepas, skuad Harimau Malaya sekadar terikat tanpa jaringan pada perlawanan itu.

Dalam perkembangan lain, Kim Swee, yang juga ketua jurulatih skuad Harimau Muda A (bawah 23 kebangsaan), berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh pasukan muda kebangsaan yang sedang beraksi dalam saingan Liga Perdana Queensland (NPL), Australia.

Skuad Harimau Muda A yang dilatih sementara oleh pembantu Kim Swee, Rusdi Suparman itu telah meraih dua kemenangan, satu kekalahan dan satu keputusan seri dan mereka bakal mengharungi baki 20 perlawanan liga di negara berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");