Jenayah

Anak lembam hilang sejak minggu lalu

anak hilang

KUALA TERENGGANU – “Sejak dia hilang, makcik tak dapat tidur lena. Siang dan malam berdoa supaya dia dijumpai semula,” kata seorang ibu, Midah Awang, 53, dari Kampung Baru Tetambah, Manir, di sini, yang meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan anak perempuannya, Nur Al-Fatinah Mohd, 32, yang hilang sejak seminggu lalu.

Fatinah yang merupakan OKU lembam disedari hilang selepas waktu Maghrib 8 April lalu setelah ibunya mendapati dia tiada di dalam bilik seperti kebiasaan.

“Makcik baru sahaja selesai solat Maghrib, selepas itu makcik jenguk dia (Fatinah) di dalam bilik dan terkejut apabila dia tiada. Makcik kemudiannya panggil suami (Mohd Musa, 57) untuk beritahu kehilangan Fatinah.

“Makcik sekeluarga mula risau kerana hampir tengah malam, dia masih belum pulang. Dia memang sering merayau di sekitar kampung, tetapi pada malam itu, dia tidak pulang menyebabkan kami membuat laporan pada keesokannya di Balai Polis Manir,” katanya.

Fatinah yang mengenakan baju kurung putih bercorak bunga merah dan biru, sehingga kini masih belum dijumpai sekali gus menambahkan lagi kebimbangan ahli keluarganya.

Pelbagai usaha sudah dibuat dengan pertolongan penduduk kampung dan polis bagi mengesan Fatinah, tetapi dia masih belum dijumpai setelah seminggu berlalu.

“Ada seorang penduduk ternampak kelibat seolah-olah Fatinah pada awal pagi sehari selepas dia hilang, dengan menaiki sebuah kenderaan. Tetapi tak pasti sama ada orang itu Fatinah atau tidak kerana keadaan gelap,” katanya.

Kata Midah, cerita disampaikan penduduk kampung itu menyebabkan dia bertambah risau mengenai keselamatan anak kedua daripada 10 beradik itu.

“Sebelum ini (tiga tahun lalu) dia pernah hilang selama tiga hari, tetapi dia balik semula. Bagaimanapun kali ini lain, sampai sekarang (kelmarin) masih belum pulang.Makcik risaukan keadaan dan makan minumnya. Kat mana dia sekarang, kalau betul dia tumpang kereta seperti diceritakan, makcik harap orang itu dapat hubungi kami dan beritahu di mana dia tinggalkan Fatinah,” katanya sebak.

Kepada sesiapa yang terserempak dengan Fatinah atau ada melihatnya di mana-mana, boleh menghubungi ayahnya (Mohd Musa 017-9449885), adiknya (Ismail 013-9839224) atau bapa saudaranya (Razali 014-2901187).

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");