Membawang Hari Ini

Pengarah ‘CEO’ Kesal Bagi Watak ‘Ciput’ Untuk Deanna Yusof

ceo

Razaisyam (dua dari kanan) bersama para pelakon filem CEO:-

PETALING JAYA: Pengarah filem CEO iaitu Razaisham Rashid berasa menyesal apabila pihaknya hanya memperuntukkan lapan babak sahaja buat pelakon Deanna Yusof untuk karya itu.

Razaisham berkata, Deanna seorang pelakon yang sangat bagus dan dia menganggap wanita itu sepatutnya diberikan watak yang lebih besar bagi menjayakan filem tersebut.

“Dalam CEO, Deanna diberi watak sampingan iaitu seorang peguam yang jahat. Tetapi babak lakonannya tidak banyak.

“Sepanjang penggambaran berlangsung pada pertengahan tahun lalu, hati saya berasa menyesal kerana tidak memberikan dia watak yang lebih besar,” katanya.

Rozaisham ditemui pada majlis doa selamat dan pelancaran filem CEO di Cathay Cineplex, e@Curve, di sini pada Rabu.

Selain Deanna hadir sama pada majlis berkenaan ialah Remy Ishak dan Anas Redzuan yang turut berlakon filem itu.

CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) mengisahkan tentang dua lelaki yang berlainan darjat iaitu Adam (Remy ) sebagai CEO dalam sebuah syarikat besar yang berjaya dan Sufian (Beto Kusyairy) seorang penghantar piza yang tiada cita-cita.

Bagaimanapun, kerana satu insiden, kehidupan kedua-dua lelaki itu berubah di mana Adam telah kehilangan jawatannya manakala Sufian pula mengambil alih tempat Adam.

Keliru dengan perubahan diri masing-masing, Adam dan Sufian mula menyiasat punca-punca keadaan mereka berubah.

Tambah Razaisham, dia bersyukur kerana memiliki barisan pelakon yang bagus menerajui filem arahan pertamanya itu.

“Mula-mula risau juga memikirkan bagaimana nak mengarah pelakon-pelakon yang sedia hebat ini. Adakah mereka akan lakukan seperti yang saya inginkan walaupun pertama kali mengarah filem?

“Mujurlah, kami saling memberi kerjasama antara satu sama lain. Harap-harap hasil filem ini dapat menarik perhatian ramai Insya-Allah,” katanya.

Filem CEO turut membabitkan pelakon Christina Suzanne dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Ia bakal ditayangkan pada 12 Jun depan.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");