Jenayah

180 murid diberi cuti

bakar 2

JOHOR BAHRU – Seramai 180 murid Tahun Satu dan Dua, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau, di sini diberi cuti sementara apabila kelas mereka musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.30 petang, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Tebrau, Datuk Khoo Soo Seang berkata, murid berkenaan akan dibenarkan kembali ke sekolah apabila pihak bertanggungjawab mengesahkan kelas terbabit selamat untuk digunakan.

Menurutnya, dalam kebakaran yang turut membabitkan tiga deretan rumah di Taman Daya, kebakaran di Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau paling serius sehingga menyebabkan dua makmal komputer dan sebuah kelas pendidikan khas musnah.

“Saya lihat agak teruk kelas yang musnah, tapi saya percaya apabila disahkan selamat untuk digunakan, murid yang terlibat akan dipanggil semula.

“Saya akan merujuk kepada Kementerian Pendidikan kerana kerugiannya agak besar,” katanya ketika membuat lawatan ke lokasi kejadian, di sini, kelmarin.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");