Jenayah

Longgokan surat dengan kesan terbakar ditemui

surat

RAWANG – Serpihan longgokan surat dengan kesan terbakar ditemui di Fasa 7 Bandar Country Homes jam 4 petang kelmarin oleh penduduk setempat.

Ahli Majlis Zon 17, Gunaraj George berkata, seorang penduduk ternampak kepulan asap di belakang rumahnya dan meminta pengawal keselamatan meninjau lokasi.

“Pengawal keselamatan melihat seorang individu sedang membakar surat-surat beralamat Fasa 10 Bandar Country Homes.

“Selepas kantoi dan takut ditangkap, lelaki berkenaan lari meninggalkan lokasi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, perkara tersebut telah dipanjangkan kepada perhatian Pos Malaysia cawangan Rawang untuk siasatan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");