Jenayah

Rempuhan dalam tidur

rempuhan

Sandakan: Malang tidak berbau buat seorang lelaki yang parah selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang merempuh rumah kongsi dihuninya ketika mangsa nyenyak tidur dalam kejadian di Bangunan Maritim, Jalan Sim-Sim, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Mohd Salleh Malik, 25, cedera di kaki kanan dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent, di sini, untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketika kejadian, mangsa tidur bersama isteri serta dua anaknya berusia satu dan dua tahun di rumah kongsi pekerja berkenaan, namun isteri serta dua anaknya terselamat.

Seorang rakan mangsa yang dikenali sebagai Nazmi, 33, berkata, ketika kejadian dia bersama kira-kira 70 pekerja lain terkejut apabila terdengar dentuman kuat.

“Saya bersama beberapa pekerja kemudian keluar dan melihat sebuah kenderaan merempuh rumah yang didiami oleh Salleh lalu bergegas untuk memberikan bantuan.

“Ketika itu, kami melihat Salleh dihempap serpihan kayu yang jatuh akibat dirempuh oleh kenderaan berkenaan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");