Isu Panas

Naik Tarif Air : Sekali Lagi Rakyat Pulau Pinang Kena Tipu

rafizal-pemuda-umno-bn-penang-tarif-air-surcaj-naik-melambung-rakyat-300x234Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang menyelar tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menaikkan tarif air di negeri tersebut.

Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, cadangan menaikkan tariff air ini berlaku tidak sampai setahun surcaj air dinaikkan 100% dari RM0.24 sen ke RM 0.48 sen.

“Ini adalah bebanan tambahan kepada rakyat Pulau Pinang. Cadangan ini juga berlawanan dengan janji-janji pakatan dalam manifesto mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, di mana mereka berjanji untuk tidak akan menaikkan tarif air di negeri ini.

“Hakikatnya, rakyat Pulau Pinang sekali lagi akan ditipu jikalau kenaikan tarif ini benar-benar berlaku,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bendera.

Tambahnya, rakyat Pulau Pinang tidak harus dibebani untuk menanggung kos operasi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang semakin menaik ekoran ketidak-cekapan pentadbiran mereka.

“Sebelum ini rakyat sudah berasa terbeban dengan caj perkhidmatan air selepas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menaikkan surcaj pemulihan air sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2013.

“Sekarang mereka hendak naikkan pula kadar tarif air sebanyak seratus peratus yang dijangka akan dilaksanakan hujung tahun ini dan keputusan berkenaan tidak wajar,” katanya.

Justeru, beliau meminta agar kerajaan negeri termasuk PBAPP membatalkan cadangan berkenaan demi kepentingan rakyat.

-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");