Perak Hari Ini

Pemimpin Pembangkang, BN Rakam Ucapan Takziah Kepada Keluarga Karpal

IMG-20140417-WA0016
Negara hari ini digemparkan dengan berita kematian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh apabila kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya melanggar sebuah lori di KM 301.6 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gua Tempurung menghala ke utara, kira-kira jam 1.10 pagi tadi.

Sejurus berita itu tersebar, pemimpin pembangkang dan Barisan Nasional (BN) dari seluruh negara tidak putus-putus merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Karpal termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini berada di Turki atas urusan rasmi.

Beberapa exco negeri Perak turut hadir sebagai tanda simpati dan sokongan kepada keluarga Karpal termasuklah Exco Pembangunan Luar Bandar, Datuk Saarani Mohamad dan Exco Kesihatan negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Perasaan sama turut dikongsi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang kelihatan sugul apabila ditemui petugas media yang membanjiri perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh seawal jam 6.30 pagi tadi lagi.

“Saya berasa amat terkejut dan sedih di atas kematian Karpal,” katanya sambil menyifatkan ia satu kehilangan besar bagi parti DAP.

Tegasnya lagi, Karpal merupakan seorang sahabat yang baik dan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip.

Kehilangan bekas Pengerusi DAP itu turut dirasai oleh ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

image

“Bagi pihak PAS, kami turut berasa sedih di atas pemergian Karpal yang bukan sahaja kehilangan besar buat Pakatan Rakyat tetapi juga Malaysia,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang dan mengharapkan agar mereka tabah menghadapi ujian tersebut.

Sementara itu, menurut anak mendiang, Gobind Singh Deo, mayat ayahnya akan dibawa pulang ke Pulau Pinang dan berkemungkinan akan dikebumikan pada Ahad ini.

“Kami akan bawa mayat mendiang balik ke Pulau Pinang untuk disemadikan pada Ahad nanti,” katanya lagi.

Mayat mendiang dibawa keluar kira-kira jam 1.30 petang tadi sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Utama, Kebun Bunga, Pulau Pinang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");