Jenayah

Cedera ditetak dua penyamun

tetak 1

TAIPING – Kedatangan dua individu tidak dikenali yang disangka pelanggan rupanya mengundang malang kepada pemilik sebuah kedai motor di sini selepas ditetak dua individu terbabit.

Mangsa, Lee Chuan Huat,62, berkata, dia bagaimana pun bersyukur kerana kejadian kira-kira jam 8 malam, di Jalan Pekeliling, Pokok Assam, 13 April lalu tidak meragut nyawanya.

Menurutnya, ketika kejadia, dia yang baru kembali ke kedainya selepas keluar seketika tiba-tiba dihampiri dua lelaki tersebut.

“Ketika itu saya hendak menolak masuk motosikal ke bahagian dalam kedai.

“Mereka berpura-pura bertanya hendak membeli mentol lampu (bulb) tetapi bila saya kata tiada mereka terus bertindak menolak saya ke bahagian dalam kedai,” katanya ketika ditemui di Hospital Taiping, semalam.

Chuan Huat berkata, ketika itu dia cuba melawan kedua-dua lelaki itu dan mereka tiba-tiba mengeluarkan parang dan menyerang mangsa.

“Berlaku pergelutan dan mereka menetak bahagian tangan dan kaki kiri saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan akibat menyamun.

Menurutnya, dalam kejadian itu kedua-dua individu berkenaan berjaya merampas wang tunai sebanyak RM400 dari laci meja dan terus melarikan diri.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");